Sunday, August 2, 2009

di KaMpUnG...


Hari nie aku masih di kampungku... Manjoi Ipoh, Perak sejak Sabtu lepas. Aku buat keputusan balik kelmarin secara agak tiba-tiba. Mulanya aku tak merancang pun nak balik sejak awal bulan lepas. Ditambah pula faktor-faktor lain termasuk beberapa orang rakan serumahku yang juga pulang ke rumah ibu bapa masing-masing dengan pelbagai sebab tersendiri terutamanya kerana kesihatan yang kurang baik. aku tidak jadi balik ke K.L hari ini kerana beberapa faktor termasuk kewangan...ayah menghantar keretanya ke workshop sejak minggu lepas dan sehingga sekarang kereta jenis 'toyota lama' itu masih tersadai di bengkel Cina itu... tentunya ayah mempunyai masalah utk mencari wang buatku utk setidak-tidaknya beberapa hari semasa aku di sana jika aku segera balik ke Kuala Lumpur. Jadi aku membuat keputusan menangguhkan kepulanganku...



No comments:

Post a Comment