Wednesday, September 16, 2009

Tak perlu...

Tak perlu mencari teman secantik Balqis andai diri tak sehebat Sulaiman,
Mengapa mencari teman setampan Yusof jika kasih tak setulus Zulaikha,
Tak perlu mencari teman seteguh Ibrahim andai diri tak sekuat Hajar, dan
Mengapa didambakan teman hidup sesempurna Rasulullah jika ada kekurangan pada dirimu?
Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan pada dirinya...
bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia menjadi milikmu selamanya...

Saturday, August 8, 2009

SeCeRiAmU MaTaHaRi...

Andaiku seceriamu matahari...
Seindah senyuman pagimu kuukir dibibir
Pancaran warna serimu hiasan tawaku
Inginku terus bersinar sepertimu matahari
Mahu sekuatmu terangi segenap kegelapan
Girang auramu matahari membakar semangatku
Setabah sorotan cahayamu teruskan permulaanku
Selagi kau disitu matahari aku tetap di sini
Kini aku tak seperti lilin yang dicairkan api lagi
Kau kembalikan sesuatu yang telah hilang dariku
Duhai matahariku tetaplah disana menemaniku
Kumohon biar malam tiba, esok menjelmalah semula
Sehingga Tuhan menamatkan riwayat dunia kita
Kekallah bersamaku, di sisi lara dan tiap dukaku
Terbitkanlah kebangkitan agarku tak terpisah darimu
Jangan biarku dipanah silau yang kelirukanku
Usah beri kesempatan kabus awan halangku lihatmu
Bebaskan jiwaku matahariku oleh bahagia ukiranmu
Lepaskanlahku dari terbelenggu derita batinku
Lindungiku matahari agarku mampu seceriamu
Sejatkan air mata kesalku dalam takungan tangis
Berikan terus kekuatanmu matahari untukku berdiri
Mungkin aku mampu pada zahirku jika tanpamu
Untuk mengerti akan dirimu tidak hanya untukku
Hanya satu pintaku agar kau terus bersinar
Hadir dalam diriku biar malam tenggelamkanmu
Aku sentiasa memahami pergimu cuma seketika
Akanku tetap berpijak di bumi nyata menantimu
Matahariku, nyawailah dunia ini dengan keceriaanmu

Diilhamkan dari MATAHARI oleh Noralini

Tuesday, August 4, 2009

Isu SeMaSa


Pelajar-pelajar dinasihatkan supaya x menyertai secara aktif mana2 badan politik dan menumpukan perhatian hanya kepada pelajarn, tetapi itu x bererti mindaku berhenti berfikir tentangnya. Aku terlalu minat menulis...termasuk tentang politik. Aku pernah menulis sebuah kritikan panjang tentang kekalahn teruk BN di negeri Perak, Selangor, Kedah serta P.Pinang di mana tulisanku itu dibaca oleh seorg peguam yg kini merupakan salah seorg sanator tertinggi negara. Jadi pd mereka yg menyangka aku suka suki menulis tntang ini... baca dulu...

Sebagai rakyat Malaysia aku harus ambil tahu tentang negaraku...apa sudah jadi?

1 ogos - LRT Titiwangsa
Petang itu sewaktu aku 'on the way' nak balik kampung, aku dikejutkan oleh penguatkuasa dgn pembesar suara bhw stesen bandaraya dan Masjid Jamek ditutup akibat demonstrasi menentang akta ISA.

Sbg mahasiswi aku berpendapat perkara ini tdk wajar berlaku. Ia juga menakutkan org awam. Aku boleh terima jika kerajaan Malaysia ini kejam mcm tentera Amerika atau Israel. Tapi apa salah kerajaan pd rakyat? kalau sekadar menuntut hak kebebasan bersuara perlu ke terpekik terlolong mcm org gila kat tengah2 jln mcm tuh? apa ertinya kemerdekaan yg dinikmati selama 52 tahun nie? apa lg pihak yg berdemonstrasi mahukan aku pun x tahu. Pemimpin-pemimpin negara dari dahulu sampai sekarang aku kira telah melakukan sewajarnya utk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Sepatutnya mereka harus kaji semula sejarah negara sebelum mengadakan demonstrasi tanpa tujuan yg jelas... Apa mereka mahu maksud akta itu bertukar maksud menjadi "Ikut Suka Aku' baru puas hati? Waktu tu x akan ada siapa ditangkap walaupun melakukan perkara yg menyalahi undang-undang manusia serta agama... Aku x rasa ia utk kepentingan rakyat terutamanya org2 Melayu kalau akta ISA berjaya dimansuhkan. Sebaliknya ia adalah lebih kepada kepentingan individu tertentu. Aku tak hengin negaraku jadi seperti Singapura di mana sistem beraja dihapuskan. 'Raja merupakan payung Negara'. Mungkin perkara-perkara berkaitan demonstrasi ini budaya org yg kuat berdendam kerana menganggap Raja tdk adil...dan menjdikan Malaysia pentas drama purba. Ini bukan zaman Hang Tuah!

Jadi sebagai pelajar-pelajar universiti seharusnya menetapkan pendirian sendiri supaya tak jadi alat org... nilailah dengan akal...keimanan dan ketaqwaan x terletak pd pnjg janggut seseorg, labuh tudungnya, atau apa saja yg nampak pd luaran... itu semua perkara-perkara sunnah saja. X buat xpa, buat dpt pahala. Sebaliknya iman dan taqwa tak dpt dinilai dgn mata kasar dan kerana itu tiada siapa berhak mengatakan sesiapa kafir kecuali Allah S.W.T berhak menilai... zaman sekarang agama juga telah dipolitikkan... berpakaian seperti nabi tapi perangai x langsung... sdgkn nabi amat tinggi budi bhsnya...tidak pernah menyakiti hati org lain jauh sekali mengata tentang saudara seagamanya biar sezalim atau sejahat mana pun saudaranya itu... jd knp jika ada org seperti ini dia disanjung? melainkan org buta akal, buta hati jer...yg sanjung org mcm tuh....Apa yg patut dilihat bukan pakaian yg menyerupai nabi atau rasul tapi cara perjuangannya... sekarang mereka yg berpakaian mcm org arab pun macam langit dengan bumi dibandingkan dgn Baginda S.A.W. Rasulullah mengubah saudaranya dengan penuh kasih sayang di mana tahap kesabarannya sgt tinggi... sehingga mengharukan hati seterunya sehingga dgn rela hati menyertai baginda berjuang ke jalan yg benar... jika benar apa yg diperjuangkan...gunakan saluran yg betul.


SaNa SiNi PeNyAkiT...


Minggu lepas aku dan rakan-rakan dikejutkan dgn berita rakan serumahku yg merupakan jeniourku disahkan menghidap demam denggi. Masa yg sama heboh tentang hampir berpuluh orang pelajar-pelajar kursus kejururawatan di tahan kerana kes sama... aku tidak pasti kenapa hal ini boleh terjadi. Mungkin kerana persekitaran di fakulti mereka yg menjadi tempat pembiakan nyamuk. Ditambah pula ia terletak begitu dekat dengan tapak pembinaan sebuah kondominium baru yg hampir siap....tidak cukup dengan perkara malang sebegitu, timbul pula tentang 'virus h1n1' yg khabarnya telah menjangkiti salah seorang pelajar universitiku yg juga penghuni di PV10 iaitu tempat pihak residen hostel menyewakan tempat tinggal utk aku dan sesetengan pelajar KLMU lain...huh! mungkinkah pusat pengajianku juga bakal ditutup mengikuti jejak cawangan UITM Perak, Dungun, Shah Alam, UPSI, UMP dan universiti-universiti awam lain? entahlah... mungkin juga tidak! mmmm...maklumlah KLMU di bawah badan swasta. Tidak seperti beberapa org sepupuku yg di universiti awam yg telah lama pulang bercuti disebabkan penyakit berpunca dri 'cik BAB satu roman' itu...

Sunday, August 2, 2009

di KaMpUnG...


Hari nie aku masih di kampungku... Manjoi Ipoh, Perak sejak Sabtu lepas. Aku buat keputusan balik kelmarin secara agak tiba-tiba. Mulanya aku tak merancang pun nak balik sejak awal bulan lepas. Ditambah pula faktor-faktor lain termasuk beberapa orang rakan serumahku yang juga pulang ke rumah ibu bapa masing-masing dengan pelbagai sebab tersendiri terutamanya kerana kesihatan yang kurang baik. aku tidak jadi balik ke K.L hari ini kerana beberapa faktor termasuk kewangan...ayah menghantar keretanya ke workshop sejak minggu lepas dan sehingga sekarang kereta jenis 'toyota lama' itu masih tersadai di bengkel Cina itu... tentunya ayah mempunyai masalah utk mencari wang buatku utk setidak-tidaknya beberapa hari semasa aku di sana jika aku segera balik ke Kuala Lumpur. Jadi aku membuat keputusan menangguhkan kepulanganku...



Saturday, August 1, 2009

BerMuLa dari HATI....


Semua orang x nak sedih. Aku pun! Tapi hidup bkn mimpi. Yg cuma indah saja….Aku tak nak jadi manusia yg kelihatan kuat namun hakikatnya lemah! biar tak dpt memuaskan hati manusia tapi hatiku masih kuat dengan bergantung kepada kekuasaan Allah S.W.T. Aku benci manusia hipokrit!!!! Realiti buat aku ada masanya sedih, dan aku tak akan malu utk menangis kerana tangisan itu boleh menyucikan jiwa. Biar hanya Tuhan tahu… Bila aku pernah buat silap, perkara yg paling sukar adalah memaafkan diri sendiri. Saat aku gagal menerima hakikat yg terjd maka jdlah aku seorg yg tewas pd emosi sendiri…adakalanya hidup buat aku terlalu tertekan sehingga timbul perasaan benci kerana ketidakadilan dan pengkhianatan ke atas kejujuran dan keikhlasan… Ikutkan hati aku mahu pergi jauh dan lari dari kesakitan yang aku rasa... tapi tentunya tidak boleh disebabkan byk tuntutan tanggungjawab dlm hidup. Mungkin kalau aku dpt mengelak hanya untuk seketika…Setelah itu aku akan berdepan semula dgn realiti. Segalanya berpunca dari hati. Itu kunci mengenal diri yg aku cari selama ini. Aku juga tidak berhak menghukum org lain dgn beban hati ‘tidak dimaafi’… aku cuma manusia yg inginkan kebahagian…


Saturday, July 25, 2009

TeNtAnG.....




Pengisian......




Hakikat hidup ini.....



kAwAn...
ade mcm2 jenis kwn


tEmAn
sesiapa pun boleh jd teman...tapi









pErSaHaBaTaN
akan buat kita sering terkenangkannya...juga

Kasih sayang bukan sahaja kepada keluarga, sahabat, teman-teman...





jangan lupa....




ia wujud
bersama seluruh alam yg dpt kita rasai dgn hati...serta







cInTa
adalah ketawa dan air mata...dan





kEhIdUpAn adalah PiLiHaN yang menentukan SiApA KiTa....
yang akhirnya adalah penghambaan kepada-Nya...