Tuesday, August 4, 2009

Isu SeMaSa


Pelajar-pelajar dinasihatkan supaya x menyertai secara aktif mana2 badan politik dan menumpukan perhatian hanya kepada pelajarn, tetapi itu x bererti mindaku berhenti berfikir tentangnya. Aku terlalu minat menulis...termasuk tentang politik. Aku pernah menulis sebuah kritikan panjang tentang kekalahn teruk BN di negeri Perak, Selangor, Kedah serta P.Pinang di mana tulisanku itu dibaca oleh seorg peguam yg kini merupakan salah seorg sanator tertinggi negara. Jadi pd mereka yg menyangka aku suka suki menulis tntang ini... baca dulu...

Sebagai rakyat Malaysia aku harus ambil tahu tentang negaraku...apa sudah jadi?

1 ogos - LRT Titiwangsa
Petang itu sewaktu aku 'on the way' nak balik kampung, aku dikejutkan oleh penguatkuasa dgn pembesar suara bhw stesen bandaraya dan Masjid Jamek ditutup akibat demonstrasi menentang akta ISA.

Sbg mahasiswi aku berpendapat perkara ini tdk wajar berlaku. Ia juga menakutkan org awam. Aku boleh terima jika kerajaan Malaysia ini kejam mcm tentera Amerika atau Israel. Tapi apa salah kerajaan pd rakyat? kalau sekadar menuntut hak kebebasan bersuara perlu ke terpekik terlolong mcm org gila kat tengah2 jln mcm tuh? apa ertinya kemerdekaan yg dinikmati selama 52 tahun nie? apa lg pihak yg berdemonstrasi mahukan aku pun x tahu. Pemimpin-pemimpin negara dari dahulu sampai sekarang aku kira telah melakukan sewajarnya utk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Sepatutnya mereka harus kaji semula sejarah negara sebelum mengadakan demonstrasi tanpa tujuan yg jelas... Apa mereka mahu maksud akta itu bertukar maksud menjadi "Ikut Suka Aku' baru puas hati? Waktu tu x akan ada siapa ditangkap walaupun melakukan perkara yg menyalahi undang-undang manusia serta agama... Aku x rasa ia utk kepentingan rakyat terutamanya org2 Melayu kalau akta ISA berjaya dimansuhkan. Sebaliknya ia adalah lebih kepada kepentingan individu tertentu. Aku tak hengin negaraku jadi seperti Singapura di mana sistem beraja dihapuskan. 'Raja merupakan payung Negara'. Mungkin perkara-perkara berkaitan demonstrasi ini budaya org yg kuat berdendam kerana menganggap Raja tdk adil...dan menjdikan Malaysia pentas drama purba. Ini bukan zaman Hang Tuah!

Jadi sebagai pelajar-pelajar universiti seharusnya menetapkan pendirian sendiri supaya tak jadi alat org... nilailah dengan akal...keimanan dan ketaqwaan x terletak pd pnjg janggut seseorg, labuh tudungnya, atau apa saja yg nampak pd luaran... itu semua perkara-perkara sunnah saja. X buat xpa, buat dpt pahala. Sebaliknya iman dan taqwa tak dpt dinilai dgn mata kasar dan kerana itu tiada siapa berhak mengatakan sesiapa kafir kecuali Allah S.W.T berhak menilai... zaman sekarang agama juga telah dipolitikkan... berpakaian seperti nabi tapi perangai x langsung... sdgkn nabi amat tinggi budi bhsnya...tidak pernah menyakiti hati org lain jauh sekali mengata tentang saudara seagamanya biar sezalim atau sejahat mana pun saudaranya itu... jd knp jika ada org seperti ini dia disanjung? melainkan org buta akal, buta hati jer...yg sanjung org mcm tuh....Apa yg patut dilihat bukan pakaian yg menyerupai nabi atau rasul tapi cara perjuangannya... sekarang mereka yg berpakaian mcm org arab pun macam langit dengan bumi dibandingkan dgn Baginda S.A.W. Rasulullah mengubah saudaranya dengan penuh kasih sayang di mana tahap kesabarannya sgt tinggi... sehingga mengharukan hati seterunya sehingga dgn rela hati menyertai baginda berjuang ke jalan yg benar... jika benar apa yg diperjuangkan...gunakan saluran yg betul.


1 comment: